Powered By Blogger

Isnin, 13 Februari 2012

6 Tip Untuk Muslimah Elak Dari Jenayah Rogol

Setiap hari kita disajikan dengan pelbagai berita jenayah yang seringmenjadikan golongan wanita yang bersifat lemah dan tidak berdaya sebagai mangsa, khususnya membabitkan jenayah rogol, cabul dan sebagainya. Meskipun negara kita mempunyai undang-undang dan pihak berkuasayang menguatkuasakan segala peraturan tersebut, jenayah seksual masih terjadi seolah-olah tiada kesudahan. Justeru, penulis ingin berkongsi beberapa tips dan panduan untuk golongan hawa bagi mengelakkan diri dari dizalimi oleh manusia-manusia durjana tersebut. 1. Berpakaian menutup aurat sebagaimana yang dianjurkan Islam – Sebagaimana kita tahu Islam itu lengkap dan perlu dijadikan rujukan pertama untuk sebarang masalah yang kita hadapi. Aurat merupakan kewajipan yang ditetapkan Allah SWT melalui RasulNya, Muhammad SAW, kepadaseluruh umat Islam dan antara hikmahnya ialah mengelak dari perbuatan jahat segelintir manusia terhadap golongan muslimah. Misalnya, riwayat mengisahkan bagaimana seorang muslimah berhijab yang berjalan seorang diri dan dihampiri oleh sekumpulan lelaki yang berniat menjadikannya alat pemuas nafsu. Kumpulan lelakiitu pada mulanya membayangkan wanita itu sebagai masih muda danjelita. Bagaimanapun, setelah menghampiri muslimah itu, mereka dapati dia hanya berselindung di sebalik hijab dan wanita itu sudah tua, tidak mengghairahkan serta berkedut-kedut kulitnya. Ia menjadikan mereka ‘tidak lagi berselera’ untuk meneruskan niat buruk mereka dan jelas sekali aurat muslimah itu telah menyelamatkannya dari bahaya rogol tersebut. 2. Tidak mengenakan pakaian yang seksi – Ramai yang beranggapan memakai tudung dikepala sudah cukup memadai untuk menutup aurat. Namun tidak ramai yang tahu dan mempraktikkan pemakaian yang longgar, labuh dan fabrik berwarnagelap dalam etika pemakaian mereka. Masih ramai yang bertudung, tapi seksinya mengalahkan artis. Berseluar dan berbaju-T, berlenganpanjang yang ketat begitu popular di kalangan remaja sekarang – mereka menganggap pakaian begitu mengikut trend busana muslimah yang terkini. Berpakaian seksi dan menampakkan bentuk tubuh sebenarnya menambahkan lagi keinginan seksual lelaki buas untukmerogol wanita yang berpakaian begitu, tanpa mengira sama ada wanita itu muslimah atau tidak. Justeru, bagi wanita yang menghargai maruah dan harga dirinya, disarankan agar tidak mengenakan pakaian seksi. 3. Berdoa kepada Allah : Rasulullah SAW di dalam hadisnya pernah bersabda; “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” – Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, Imam Ahmad. Doa tersebut berbunyi begini: “Bismillahil lazi la yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardhi wa la fis samaa’ie, wahuwas sami’ul ‘aliim”. (Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui, – Dibaca tiga kali setiap pagi. 4. Mempelajari sedikit asas teknik mempertahankan diri – Kini kerajaan menggariskan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah dan salah satu aktiviti yangdiketengahkan ialah seni bela diri. Pelbagai jenis seni Silat, Taekwondo, Judo, Karate, Aikido, Wushu, Silambam, Kalaripayat dan sebagainya diperkenalkan di kalangan pelajar. Disarankan agar golongan pelajar perempuan mengikuti aktiviti tersebut bagi mempertahankan dirimereka dari sebarang bahaya, khususnya dari mereka yang berniat menyerang mereka secara seksual. 5. Semburan Lada – Satu alat yang menyemburkan serbuk lada. Sangat terkenal di barat dan kurang diberi perhatian kepentingannya di negara ini. Ia boleh didapati di kedai-kedai penjagaan kesihatan seperti Watson, Guardian atau seumpamanya. Wanita digalakkan memilikinya sebagai pertahanan terakhir sekiranya gagal melepaskan diri. 6. Elakkan dari mengikut lorongatau jalan yang sunyi seorang diri –Sekiranya berhajat sangat mahu kesuatu tempat dan diketahui jalan menuju ke lokasi itu sunyi dan terasing, disarankan agar membawa teman yang boleh diharapkan. Jika boleh, bawalah lebih dari seorang teman dan merupakan mahram muslimah tersebut. Terbaiknya, bawalah ibubapa sebagai peneman anda. Semoga kita semua dihindarkan dari segala bahaya dan semoga kita tidak mencari bahaya itu sendiri. Insyaallah…

Tutorial How About Build A Blog?

Dunia Seorang Remaja: Kebesaran Allah : Telur Berbentuk Pisang

Dunia Seorang Remaja: Kebesaran Allah : Telur Berbentuk Pisang: Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Pernah tak korang dengar pasal cerita telur berbentuk pisang ? Sebab kisah ni memang dah lama b...

Selamat malam dan apa kabar kawan2 semua? Harap2 semuanya sehat2 la hendaknya. Apa cerita malam ni? Jom! Kongsi2...

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI Bila jadi baik, ORANG MELUAT Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM ... Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH .. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?" Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR' Bila kita pakai 'dedah sana-sini' adaorang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!" Bila kita sindir-menyindi r, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?" Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?" Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGATNI? NAK TOLONG PON SUSAH?" =>Dan sebenarnya ramai orang laintak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkahyang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati..

Jumaat, 10 Februari 2012

Ah! Penat jgk nak wat blog ni eaa..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...Inilah kali pertama aku menulis blog, sebelum ni aku xtau apa2 pun pasal mende alah ni.. Sbnrnya aku malas nak tulis2 ni tp kerana runtunan hatiku yg berkobar2 nak luahkan apa yg terpendam sekian lama didlm hati ini, maka aku gagahi jgk menulisnya so terciptalah ilhamcipta ini. Sekian..